Semalam
Semalam dalam kenangan
Bila teringat, aku tersenyum sendirian
Ketika aku ke perpustakaan
Ada seseorang asyik memandang dan
Berulang alik meletak kertas koran
Di sebelahku bak satu dalih
Agar aku menegur atau menoleh!
[aku buat derk aje]
Lama-kelamaan diapun duduk
Di sofa di depan aku yang leka tunduk
Membaca berita terhangat kisah pernikahan
Seorang selebriti yang menjadi rebutan
Katanya, ‘macam kenal saja, ada iras-iras despatch kami saja
Berasal dari mana?’
Jawabku jujur, ‘Memanglah pernah jumpa,
Lepas SPM kerap saya datang ke sini membaca
Segala khazanah dan buku yang ada saya dah belek
Bagus ya, perpustakaan ini masih lagi cantik
Tetapi selepas lima belas tahun,
Maaflah ya, nama awak saya tak ingatpun’
Malangnya dia tak ingat aku siapa
Sedangkan aku pasti dia pernah lewat depan rumahku dengan motosikalnya
Tapi dia masih tak ingat aku siapa
Hai, berubah benarkah aku punya rupa
Bila tengok di cermin, eleh, macam biasa saja!
Bermula dari situ kami berbicara
Tentang masa silam dan keadaan semasa
Sehinggalah masuk cerita asal mana, kampong apa, anak siapa
Semua ditanya, bak merisik saja lagaknya
Aku yang bendul jawab yang benar saja,
Buat apa nak bohong-bohong, kalau memudahkan cara
Cuma, satu soalan malas aku nak bicara
Kerana ia berbentuk peribadi, kutepiskan saja
Malas nak layan, memang itu puncanya
Tak mencari dan tak minat cari itu juga sebabnya
Kerana aku tak mahu serabutkan kepala!
Nanti berebut dan buat ribut akulah juga yang merana
Cehhh macam lah aku ni lawa, dan ramai peminatnya!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home