Wednesday, August 23, 2006

Hari ini

Salam..

saya rasa pelik juga kerana buttons untuk menukar font dan mewarna font sudah tiada. puas saya belek2 setting, tapi masih belum berjumpa dengan apa yang tak kena.

hari ini saya agak keletihan, cadangnya nak ke perpustakaan lagi, bukan untuk berjumpa si penanya semalam, tetapi untuk cuba menulis review untuk kerja kursus yang saya cuba siapkan sebelum esok!

dalam melayan mata dan keletihan emosi, akhirnya saya bertolak jua ke pekan hampir pukul 3 petang!

ada yang bertanya, hari ini letih sebab semalam sudah 'all out' melepaskan geram ke. ha ha ha saya gelak saja...mungkin iya juga, kerana lewat petang semalam saya sangat bengang dengan seseorang yang cuba berjenaka tetapi saya tak dapat terima kerana jenaka dibiarkan berterusan dalam ketidakbenaran.... mula-mula, mungkin satu jenaka, tetapi lama-lama, dan masih tiada pengakuan, saya jadi geram kerana apa yang diperkatakan dinafikan. arghh! gerammm

hari ini, sesi mengulangkaji berjalan perlahan.. setelah mengantuk menguasai mata maka saya berjalan-jalan mencari buku-buku yang boleh dijadikan panduan. ada buku tentang kisah2 benar alam rumahtangga yang penuh cabaran sehingga memeningkan kepala tok kadi....saya juga ambil buku 'Syair Hikayat si Tanggang'.... ingin mencari bukti bahawa sebenarnya si Tanggang sebenarnya beristeri 2...dan saya betul! YES! isteri pertama seorang puteri saudagar kaya..isteri kedua pula puteri diraja. di awalnya si Tanggang banyak juga berdolak dalik, maksudnya berbohong 'sunat'... tapi, sampai kemana kita boleh berbohong....betul? dan yg paling rugi ialah orang yang membohongi diri sendiri.....walaupun sebesar hama sekalipn, akibat dari bohong akan menjadi sebesar raksasa....

semasa sdg berbual dengan seorang kawan baru, seorang kawan lama rupanya cuba menghubungi saya. oh rupanya sedang merancang percutian ke daerah saya... dan ingin bertanyakan chalet terdekat.. memang adalah sebuah resort di muara sungai dikampung saya ini, dan juga percutian 'homestay'..tetapi, manalah saya pernha menyertai percutian sebegitu! kemampuan material belum ada, walaupun saya juga teringin menyertainya. saya pergi sendiri ke resort yang dimaksudkan, dan bertanya maklumat yang diperlukan. beres. sekarang, terpulanglah kepada kawan saya itu, sama ada ingin meneruskan percutian bersama keluarganya atau tidak. jalanpun saya sudah jelaskan lewat panggilan telefon itu .. jangan minta saya jadi pemandu pelancong sudahlah, kerana saya belum menceburi bidang sebegitu!!

malam ni, entah mengapa, saya rasa lain macam. semasa memegang pinggan untuk mengambil ikan bakar, pinggan yang saya pegang terlepas dari genggaman. ia terbelah dua..... saya masih terasa menggeletar ketika ini.... entah apa gerangan yang melekakan perasaan, mengganggu fikiran.

saya harap saya akan lebih tenang... kerana ada banyak kerja yang saya perlu lunaskan.

oh ya, alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi... saya benar2 seorang pengembara...adakalanya saya rasa terlalu letih untuk tidur di bawah sinaran bintang bergemerlapan... ....

tadi, kami sekeluarga mendapat khabar kurang gembira tentang bilik sewaan adik perempuan saya yang dicerobohi pencuri yang mengambil telefon bimbit dan Rm300 kepunyaan adik saya, dan RM10 kepunyaan rakan sebiliknya. itulah bahaya yang trpaksa ditempuh oleh wanita yang ingin berdikari..

membaca berita2 kebelakangan ini...memang senario jenayah yang berleluasa, dengan ragut dan rogolnya, membuatkan keadaan langsung tak selamat utk kaum wanita. apa nak jadi denga lelaki zaman sekarang yang suka ambil mudah mencuri hanya utk kesenangan sementara? dia lupa agaknya balasan Allah di akhirat kelak. entah2 COD....


tadi di yahoo saya menerima satu offline message datangnya dari seorang teman lama yang menghilang tanpa khabar berita. 'test' katanya. apalah yang hendak diujinya itu? sama ada saya masih hidup lagi atau....? hati saya masih pedih dengan kata-kata terakhir darinya. biarlah. saya menyedari hakikat diri saya ini. siapalah saya. rasanya saya akan biarkan mesej itu tak berbalas. bukan berdendam, tetapi, hati saya masih tergarit lagi.

selamat malam untuk semua. semoga bahagia dan sejahteralah anda walau dimana saja...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home